Saturday, April 26, 2014

Derma Darah..I likeee!!

Salam uolls..sehat? ai nie bertambah2 sehat la pulak..x tau la kenapa selera makan makin bertambah2 plak. asal nmpak makanan je sure berselera jek. Bak kata org "TOLAKBATUDGNKAYU" je..huishhhh nape la aku jd cmne..nie ekceli dah lama sangat draft. taon ni baru le menggodek balik belog yg dah tersadai nie. hahaha. bukan setakat sawang..binatang buas pon dah beranak pinak. ape x nye..tahun lepas mmg abandoned terus.. Ai kan beranak taon lepas. Masa preggy tuh mmg mcm2 hal la. Asik x sihat jek..bape kali la dok kuar masuk wad. Ye la kan..org tua preggy camnie la. Umo dah lanjut baru beranak pinak. Mujor yg keluar tue comel yg amat..hehe nak tgk x my latest edition? hehe..
taraaaa..omel x?? Nama budak tecit nie MR. Aryan


 Emm..nanti ai wat entry laen cite pasal dak tecit nie ye..skrg nie ai nak cite dulu pasal DERMA DARA.. hahaha "yg tue" mane leh derma kan..DERMA DARAH laaa..jap..godek cari gmbau dulu. mana la ai letak gmbau tuh ek? tade la uollss..x dapat la nak bagi bukti ai derma darah. xpe..pinjam pacik gugle punye dah la..



Pic pinjam Mr.Google ye

Nie ai nak cite psl aktiviti kat tmpat keje ai ne..ada PROGRAM DERMA DARAH PERDANA. Semua politeknik kat Mesia ni wat program nie serentak dari jam 8am smpai jam 5pm. Dorang nak cipta new record dlm MBOR..ai pon sbg anak Mesia yg prihatin pon join r kempen nie sbg sukarelawan merangkap urusetia...tugas i senang jek..mengiringi penderma2 sekalian ke dlm dewan utk check up n seterusnye ke katil..opssss!!! katil???? haaa..pikir ke lain la tuh..ke katil penderma darah laaa..maklum laa..yg join xtvt ne 90% student so kena la kita organise dorg nie betol2..kalu x sure haru biru jd nyer...mmg bangga ai dgn student PMM (Politeknik Merlimau Melaka) nie..ramai sgt2 yg nak menderma...staff pon sama...kesian dorg ramai yg x dpt menderma sbb staff dr Hosp Muar x dpt nak layan semua. Patutnye ada staff dr Hosp Melaka gaks tp last minutes dorg withdraw so katil ada 10 jek..mana la nak cukup dgn student yg beribu neh. Kesian staff dr unit Tabung Darah Hosp Muar..masing2 keletihan. Doktor2 sana pon bagus2..sikit pon x mengeluh penat..ai tgk doktor2 tuh x bangun2 dr kerusi..makan pon x sempat..minum pon kt situ gak..Salute la doktor2 nie..

Meh kite bace artikel yg ai cedok dari Berita Harian ye..semoga slps baca artikel ne akan timbul kesedaran di kalangan kita utk membantu mereka yg memerlukan..x sakit pon derma darah nie. Cam kna gigit kerengga jek msa nak masukkan jarum tuh. Pehtu x smpai 15 menet pon dah penuh pek darah tuh..merah pekat weiii darah kiter...lepas dah setel tue xleh terus bangun, kena rest dulu..ye la kan ke darah dah kurang sket dlm badan kiter nie. Dikhuatiri akan terpengsan jika kita x rest dulu..apa susah..ko baring jek la atas katil tue lelama pon xpe...pastu kita akan diberi minuman n biskot or roti for free sbg tanda terima kasih n oso supaya kita bertenaga smula. lagi 1 kita akan dibekalkan dgn vitamin utk membantu tubuh kita produce new blood. So x rugi sikit pon kan kalu kite derma darah...
Pic pinjam Mr.Google ye

 

SUMBER: BERITA HARIAN, Selasa 20 November 2012

MENDERMA darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.

Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal. Pada masa tertentu, bekalan darah dikatakan tidak mencukupi kerana penderma darah kurang gagal menampung keperluan semasa. 

Satu unit darah yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit haemifilia.


Islam menggalakkan amalan tolong-menolong, terutama dalam soal yang penting ini. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.”

Darah adalah ‘kuasa’ menggerakkan aktiviti badan seperti petrol menghidupkan enjin. Setakat ini belum ada unsur lain dapat menggantikan fungsi darah. Dipercayai tidak akan ada ciptaan manusia dapat menggantikannya.

Percubaan menggunakan darah binatang untuk manusia tidak pernah berjaya. Seorang pakar bedah pernah mencuba menggunakan darah binatang menggantikan darah manusia dituduh sebagai pembunuh selepas pesakitnya meninggal dunia akibat pemindahan darah itu.

Bahkan, darah manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam badan orang lain jika tidak mengikut jenisnya. Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B dan AB.
Kumpulan darah O boleh menerima darah daripada kumpulan darah O saja. Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima. Kumpulan darah AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi boleh menerima semua kumpulan darah. Begitulah uniknya darah.

Darah adalah asal bermulanya hayat manusia. Dari darah terjadinya air mani. Sabda Rasulullah menjelaskan 40 titik darah menjadi setitik air mani.

Hukum menderma darah adalah harus, yakni boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh.

Di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah. Individu mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut.

Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa melalui proses pemindahan darah. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak derhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 173).

Allah menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-An’am ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) jelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan oleh-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….”

Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah.

Proses menderma darah amat mudah dan mengambil masa singkat. Penderma darah tidak mengalami rasa sakit ‘keterlaluan’ sepanjang proses menderma darah.

Hakikat menderma darah tidak membahayakan diri dan tidak mendatangkan kesan sampingan, tidak perlu diragui. Di negara kita sudah ramai menderma lebih 100 kali dan keadaan mereka masih sihat.

Tidak rugi mendermakan darah yang diganti secara automatik oleh badan. Sesungguhnya amat besar pahala mereka yang melakukan kebaikan.

Renungkan firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 hingga 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat kebajikan walaupun sebesar zarah, pasti akan diberi balasannya, dan sesiapa juga membuat kejahatan walaupun sebesar zarah, akan juga mendapat pembalasan.”

Sabda Rasulullah pula bermaksud: “Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Setiap orang boleh menderma darah setiap tiga atau empat bulan sekali untuk proses pendermaan cara biasa. Bagaimanapun, jika melalui kaedah Aferesis, yakni proses mengeluarkan plasma dan platelet dan kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas, penderma boleh melakukan lebih kerap berbanding cara biasa.

Tuesday, April 22, 2014

Kenangan Silam...eh! eh!

eh! cun sehhhh. anak sape la nie ek??




Assalamualaikum...hahaha pepagi lagi dah tayang gmba secretary Dato'. Apa cerr?? Kenal x sape nie? ce teka..ce teka..meh la ai bagi jawapan. It was ME! errr..about 10 years ago kot. Belek2 folder lama terjumpa plak pic nie. Masa nie ai keje as a secretary kat personal office Dato'. Best woo keje kat sini. Time boss ada jek ada keje. Kalu boss xde mula la ai wat memacam. Ko jgn macam2! haha kat office Dato' nie hanya ada ai n the office boy jek. Slalunye kalu Dato' xde, ai akan bergasak chatting kat Bluehyppo (masa tuh mmg femes la social chatting nie), x pon ai akan rerajin kemas meja Dato' which is very bersepah. Kenkonon nak tunjuk rajin le..pastu bila Dato' datang kena marah sbb dia x jumpa carik barang dia. hehehe so lepas tue ai mmg x pernah kemas laa meja dia. setimbun ko tau jah meja tuh dengan papers..letters n segala mcm mak nenek. Hanya dia je yg tau kepentingan mende alah tue smua. Kengkadang ai degil..kemas gak sbb x tahan! rimas nengok..ada gak ai buang barang2 dia yg tah pape tuh. especially souvenirs yg pepelik, scary..abes ai buang sbb takut ngkooo! kang mende alah tue smua jadik antoo kaco ai kang?? sape nak nolong?

errmmm..paling best bila Dato' p obersi. emmmhhh mmg sah ai jadik setan kat office. Masuk office kol 10..hehehe pastu kol doblas dah bergonjeng ke KLCC laaa..Mid Valley laaa..Sogo laaa..hahaha mmg best la time nie. Kate secretary kan..so ai mmg tau la waktu bila Dato' akan call office. Bila dah nak smpai waktu Dato' akan call tue cecepat la ai muncul kat office. So bila Dato' call tengok ai ada jek kat office..muahahaha ai la pelakon tervaek. lepas jek Dato' call terus cabut balik umah. hehehe. Ai dulu masa dok Key ElL mmg jarang berpeleseran kat memana waktu malam sbb masa tue ai tade kawan. Ai kan kera sumbang, x suke berkawan2. hahahaha. ai dok umah sewa pon dengan adik2 ai jek so kena la jadi ahkak yang boleh dicontohi kan..puiiiiihhhh!!! Selalunya lepas waktu keje ai akan terus ke Fitness First (gym la sangattt). Sebab bayar mahal..so ai akan stay kat gym smpai la gym nak tutup kol 10 malam. Memacam hoi leh wat kat sana. Leh attend smua class like pilates, yoga, bodypump.. just for free. Ada small bar kat dalam tue. opsss! bar yg serve mineral water, juice n soft drinks je. hehehe. xtvt yg paling ai suker cardio section.. lari atas treadmill tuh, pastu body step..jap ai gugle gmbar cardio esction tuh. ai join Fitness First Jln Sultan Ismail.

Cardio theatre
weight section





Haaa..nie la section yg ai selalu lepak. Kat area weight section nie bukannye ai nak lift weight sgt..sje je cuci mate. hahahaha maklum la..dpt tgk tayangan free. hehe berketak2 youu body memasing.. geram! hahaha mamfus le kalu en.tunang ngamok kalu dia tau xtvt ai kat sini. Pas wat xcercise tue leh ar p mandi ke..sauna ke..steam bath ke..huuu sauna dia tervaek la uooolllsss... masa kat sini la ai terkejutan budaya jap. ada geng2 yg memang xde perasaan segan silu langsung berbogel dalam sauna nie. memang naked abes..ai plak yg alim2 kucing nie memula tuh mmg rasa cam nak blah jek tp pikir balik..watpe aku blah..stay je la. leh gaks cecuci mate. hahaha masa tue lah 1st time tengok org bogel depan mate. hahahaha aku yg malu ngko! ai pon kenkonon amek towel then tutop muke. sesekali tuh jenjeling gak..hahaha cam bodo jek rasa masa tue. One of the ladies tue siap say sorry kat ai sbb naked. ai pon kenkonon open minded la..eh! never mind. tengkorak hang berjambul. aku kemain gugup mase tue... lepas sauna terus p steam bath..pastu lepak2 sejukkan badan baru la mandi n pulang ke pangkal jalan. hehe. smpai umah mmg terus cari katil jek. x makan hape dah pon. sbb tue masa jaman muda2 ai kurus selim jek. auww perasan sungguh! nape la skrg dah anak 3 nie ai x kurus? huhu nangis air mate darah skali pon xkan dapat "shape" tue dah. hahahaha

nie la sauna kat changing room tuh! best!





Sebelum ai stop..ai nak tayang lagik gmbau jaman ai anak dare. hehehe. muntah ijau la korang tgk! aku x dulik..korang kena tengok gaks! kakakaka matik la aku kena sumpah seranah dgn korang kan. 

haha sila muntah ijau ye korang. nie pic ai dgn manager MCOBA which is my only fren masa ai keja dulu. Nie la geng makan, geng gym, geng tgk Gilmore Girl. En. Azhar nama dia.



OK la korang..ai tutop kat sini cite kenangan silam nie..how i missed my jaman muda2. huhu
take care ye korang. daaaaa...