Saturday, April 26, 2014

Derma Darah..I likeee!!

Salam uolls..sehat? ai nie bertambah2 sehat la pulak..x tau la kenapa selera makan makin bertambah2 plak. asal nmpak makanan je sure berselera jek. Bak kata org "TOLAKBATUDGNKAYU" je..huishhhh nape la aku jd cmne..nie ekceli dah lama sangat draft. taon ni baru le menggodek balik belog yg dah tersadai nie. hahaha. bukan setakat sawang..binatang buas pon dah beranak pinak. ape x nye..tahun lepas mmg abandoned terus.. Ai kan beranak taon lepas. Masa preggy tuh mmg mcm2 hal la. Asik x sihat jek..bape kali la dok kuar masuk wad. Ye la kan..org tua preggy camnie la. Umo dah lanjut baru beranak pinak. Mujor yg keluar tue comel yg amat..hehe nak tgk x my latest edition? hehe..
taraaaa..omel x?? Nama budak tecit nie MR. Aryan


 Emm..nanti ai wat entry laen cite pasal dak tecit nie ye..skrg nie ai nak cite dulu pasal DERMA DARA.. hahaha "yg tue" mane leh derma kan..DERMA DARAH laaa..jap..godek cari gmbau dulu. mana la ai letak gmbau tuh ek? tade la uollss..x dapat la nak bagi bukti ai derma darah. xpe..pinjam pacik gugle punye dah la..



Pic pinjam Mr.Google ye

Nie ai nak cite psl aktiviti kat tmpat keje ai ne..ada PROGRAM DERMA DARAH PERDANA. Semua politeknik kat Mesia ni wat program nie serentak dari jam 8am smpai jam 5pm. Dorang nak cipta new record dlm MBOR..ai pon sbg anak Mesia yg prihatin pon join r kempen nie sbg sukarelawan merangkap urusetia...tugas i senang jek..mengiringi penderma2 sekalian ke dlm dewan utk check up n seterusnye ke katil..opssss!!! katil???? haaa..pikir ke lain la tuh..ke katil penderma darah laaa..maklum laa..yg join xtvt ne 90% student so kena la kita organise dorg nie betol2..kalu x sure haru biru jd nyer...mmg bangga ai dgn student PMM (Politeknik Merlimau Melaka) nie..ramai sgt2 yg nak menderma...staff pon sama...kesian dorg ramai yg x dpt menderma sbb staff dr Hosp Muar x dpt nak layan semua. Patutnye ada staff dr Hosp Melaka gaks tp last minutes dorg withdraw so katil ada 10 jek..mana la nak cukup dgn student yg beribu neh. Kesian staff dr unit Tabung Darah Hosp Muar..masing2 keletihan. Doktor2 sana pon bagus2..sikit pon x mengeluh penat..ai tgk doktor2 tuh x bangun2 dr kerusi..makan pon x sempat..minum pon kt situ gak..Salute la doktor2 nie..

Meh kite bace artikel yg ai cedok dari Berita Harian ye..semoga slps baca artikel ne akan timbul kesedaran di kalangan kita utk membantu mereka yg memerlukan..x sakit pon derma darah nie. Cam kna gigit kerengga jek msa nak masukkan jarum tuh. Pehtu x smpai 15 menet pon dah penuh pek darah tuh..merah pekat weiii darah kiter...lepas dah setel tue xleh terus bangun, kena rest dulu..ye la kan ke darah dah kurang sket dlm badan kiter nie. Dikhuatiri akan terpengsan jika kita x rest dulu..apa susah..ko baring jek la atas katil tue lelama pon xpe...pastu kita akan diberi minuman n biskot or roti for free sbg tanda terima kasih n oso supaya kita bertenaga smula. lagi 1 kita akan dibekalkan dgn vitamin utk membantu tubuh kita produce new blood. So x rugi sikit pon kan kalu kite derma darah...
Pic pinjam Mr.Google ye

 

SUMBER: BERITA HARIAN, Selasa 20 November 2012

MENDERMA darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.

Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal. Pada masa tertentu, bekalan darah dikatakan tidak mencukupi kerana penderma darah kurang gagal menampung keperluan semasa. 

Satu unit darah yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit haemifilia.


Islam menggalakkan amalan tolong-menolong, terutama dalam soal yang penting ini. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.”

Darah adalah ‘kuasa’ menggerakkan aktiviti badan seperti petrol menghidupkan enjin. Setakat ini belum ada unsur lain dapat menggantikan fungsi darah. Dipercayai tidak akan ada ciptaan manusia dapat menggantikannya.

Percubaan menggunakan darah binatang untuk manusia tidak pernah berjaya. Seorang pakar bedah pernah mencuba menggunakan darah binatang menggantikan darah manusia dituduh sebagai pembunuh selepas pesakitnya meninggal dunia akibat pemindahan darah itu.

Bahkan, darah manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam badan orang lain jika tidak mengikut jenisnya. Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B dan AB.
Kumpulan darah O boleh menerima darah daripada kumpulan darah O saja. Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima. Kumpulan darah AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi boleh menerima semua kumpulan darah. Begitulah uniknya darah.

Darah adalah asal bermulanya hayat manusia. Dari darah terjadinya air mani. Sabda Rasulullah menjelaskan 40 titik darah menjadi setitik air mani.

Hukum menderma darah adalah harus, yakni boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh.

Di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah. Individu mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut.

Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa melalui proses pemindahan darah. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak derhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 173).

Allah menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-An’am ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) jelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan oleh-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….”

Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah.

Proses menderma darah amat mudah dan mengambil masa singkat. Penderma darah tidak mengalami rasa sakit ‘keterlaluan’ sepanjang proses menderma darah.

Hakikat menderma darah tidak membahayakan diri dan tidak mendatangkan kesan sampingan, tidak perlu diragui. Di negara kita sudah ramai menderma lebih 100 kali dan keadaan mereka masih sihat.

Tidak rugi mendermakan darah yang diganti secara automatik oleh badan. Sesungguhnya amat besar pahala mereka yang melakukan kebaikan.

Renungkan firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 hingga 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat kebajikan walaupun sebesar zarah, pasti akan diberi balasannya, dan sesiapa juga membuat kejahatan walaupun sebesar zarah, akan juga mendapat pembalasan.”

Sabda Rasulullah pula bermaksud: “Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Setiap orang boleh menderma darah setiap tiga atau empat bulan sekali untuk proses pendermaan cara biasa. Bagaimanapun, jika melalui kaedah Aferesis, yakni proses mengeluarkan plasma dan platelet dan kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas, penderma boleh melakukan lebih kerap berbanding cara biasa.

No comments: